Online Event
Event will be conducted in Malay
Fees
$15
Synopsis
Pernah kehilangan insan yang paling
disayangi?
Pernah rasa keseorangan walaupun dikelilingi ramai orang?
Ketahuilah...Semua itu pernah dilalui oleh para Nabi Ulul Azmi.
Ayuh kita menyelami bagaimana para Nabi menghadapi kehilangan,
penolakan, ketakutan, tekanan dan ujian hidup dengan penuh kesabaran, tawakal
dan pergantungan kepada Allah SWT.
Program ini bukan sekadar menghayati sirah para Nabi, tetapi membawa
kita memahami bagaimana mereka membina ketahanan mental, emosi dan spiritual
yang boleh diamalkan dalam kehidupan kita hari ini.
Belajarlah daripada insan yang paling hebat diuji agar kita juga mampu
bangkit apabila kehidupan menguji.
Details
Sabtu | 15 & 22 Ogos 2026 | 9pagi - 11pagi
Apa Yang Akan Dipelajari?
- Memahami ujian dan hikmah di sebalik kehidupan 5
Nabi Ulul Azmi
- Menghayati bagaimana kisah mereka relevan dengan
cabaran hidup sebagai Muslim di Singapura hari ini
- Mempelajari doa, zikir dan amalan para Nabi
sebagai sumber ketenangan, kekuatan dan penyembuhan jiwa
- Membina ketahanan mental, emosi dan spiritual berasaskan al-Quran dan Sirah
- Sesuai untuk sesiapa yang sedang mencari harapan, ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehidupan